Friday, July 10, 2009

STATUS DIALOG PERPADUAN UMMAH :UMNO & PAS

PRESIDEN GGMM TELAH BERTEMU DENGAN SAHIBUS SAMAHAH TAN SRI HJ HARUSSANI HJ ZAKARIA PADA JAM 10 PAGI 10 JULAI 2009 DI PEJABAT MUFTI NEGERI PERAK.

DALAM PERTEMUAN TERSEBUT, PRESIDEN GGMM TELAH MENERANGKAN KEPADA YBHG MUFTI TENTANG HASRAT GGMM MENGANJURKAN DIALOG PERPADUAN UMMAH BERKENAAN.

PRESIDEN GGMM JUGA MENJEMPUT SECARA RASMI YBHG MUFTI UNTUK MENJADI MODERATOR DIALOG PERPADUAN TERSEBUT.

YBHG MUFTI KEMUDIANNYA MENGAMBIL MAKLUM TENTANG HASRAT GGMM MENGANJURKAN DIALOG BERKENAAN.

YBHG MUFTI MENYATAKAN BAHAWA MEMANG MAJLIS DIALOG SEPERTI INI AMAT PENTING DI ADAKAN. WALAUBAGAIMANAPUN, YBHG MUFTI MEMERLUKAN SEDIKIT MASA UNTUK MEMPERTIMBANGKAN SAMADA UNTUK BERSETUJU ATAU TIDAK UNTUK HADIR DALAM MAJLIS BERKENAAN.

MAKLUMAN LANJUT BAKAL MENYUSUL.

SELAIN ITU, SELEPAS MENGHANTAR SURAT JEMPUTAN RASMI KEPADA PRESIDEN UMNO DAN PAS PADA 6 JULAI YANG LALU, GGMM KINI DALAM PROSES MENGATUR TARIKH TEMUJANJI BERSAMA KEDUA-DUA PRESIDEN PARTI BERKENAAN.

SETAKAT INI, PEJABAT PRESIDEN KEDUA-DUA PARTI TELAH MENGESAHKAN MENERIMA SURAT JEMPUTAN DARIPADA GGMM.

NAMUN BELUM ADA SEBARANG MINIT DI BUAT TERHADAP JEMPUTAN BERKENAAN MEMANDANGKAN MASING-MASING PIHAK SIBUK DENGAN PILIHANRAYA KECIL MANIK URAI.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH.


tt

MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
PRESIDEN GGMM

1 comments:

Arshavin said...

harap2 dialog ini dpt menyatu-padukan bangsa melayu kembali demi kepentingan agama Islam yg kita cintai dan generasi masa depan bangsa kita.

sbnrnya, pada pendapat aku, nenek moyang kita berjuang utk kemerdekaan bknlah utk mendapatkn nama atau pangkat. tetapi mereka berjuang utk melihat anak2 dan generasi mereka dpt berkuasa dan memerintah tanah air mereka sendiri. keperitan dan penindasan yg mereka alami ketika diperintah oleh bangsa lain di bumi sendiri menyedarkan mereka betapa pentingnya bumi ini diperintah oleh bangsa sendiri. mereka tidak mahu nasib yg sama menimpa anak cucu mereka.

aku sgt sedih bila melihat bgsa melayu skrg ini berpecah-belah. syabas dan setinggi2 penghargaan aku ucapkan kpd GGMM yg memerah keringat dan bersusah-payah utk cuba mengajurkan sesi dialog ini. semoga usaha anda dibalas dan semoga pemimpin2 melayu skrg ini sedar bahawa apa yg mereka bertelegah sekarang ini hanya akan merugikan bangsa sahaja. selain itu, kehadiran sultan amat penting kerana baginda mempunyai pernan penting sbgai org tgh dlm sesi dialog itu.

Akhir kata, pesanan aku kpd semua pemimpin melayu. Hentikan pengkhianatan terhadap bangsa dan agama anda. Hentikan menggadai hak2 istimewa bangsa anda. Hentikan menggadai tanah bangsa anda. Anda tidak berhak menggadaikan semua ini kerana anda tidak pernah berjuang utk mendapatkannya. Tugas anda sebenarnya adalah mempertahankan ia drpd terhakis dan lenyap. Adakah anda lebih rela negara ISLAM ini ditadbir oleh bangsa lain yg para pemimpinnya terdiri drpd golongan KAFIR? Fikir-fikirkanlah. Jgn biarkn sejarah berulang dan pengorbanan nenek moyang kita sia2. AllahhuAkbar!!!